Notis Privasi

NOTIS PRIVASI (ENG)
 

Notis Privasi ini dikeluarkan oleh AmMetLife Insurance Berhad (‘AmMetLife’, ‘kami’).

Di AmMetLife, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan semua pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat peribadi mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (‘PDPA’) dan lain-lain peraturan dan garis panduan.

Kami komited untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda. Notis Privasi ini merangkumi hak-hak anda berkenaan maklumat peribadi anda dan menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan mengurus maklumat berkenaan anda yang kami terima.

Dalam menjalankan operasi harian kami, kami mengumpul Maklumat Peribadi anda apabila anda memohon untuk melanggan mana-mana produk atau perkhidmatan kami atau apabila anda berkomunikasi dengan kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk memberi anda produk atau perkhidmatan kami, menyimpan untuk rekod kami dan menghantar kemas kini yang berkaitan kepada anda.

Di bawah PDPA , kami dikehendaki memaklumkan kepada anda:

(i) jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpul dan cara kami mengumpulnya;
(ii) cara kami menggunakan Maklumat Peribadi anda;
(iii) pihak yang kami dedahkan Maklumat Peribadi kepada;
(iv) pilihan yang anda ada berkenaan dengan Maklumat Peribadi yang anda berikan;
(v) perbezaan antara maklumat yang dianggap wajib atau pilihan; dan
(vi) cara anda mengakses dan mengemas kini Maklumat Peribadi anda.

Oleh itu, privasi anda adalah penting kepada kami dan kami komited untuk melindungi Maklumat Peribadi anda dengan mengumpul dan menggunakan Maklumat Peribadi anda berdasarkan pertuntukan di dalam PDPA.

Di dalam Notis Privasi ini, berikut ialah maksud kepada istilah yang digunakan:

  • Kumpulan AmBank” merujuk kepada AMMB Holdings Berhad dan semua anak syarikat dan syarikat bersekutu langsung dan tidak langsungnya, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: AmBank (M) Berhad, AmBank Islamic Berhad, AmInvestment Bank Berhad, AmFunds Management Berhad, AmFutures Sdn Bhd, AmIslamic Funds Management Sdn Bhd, AmCards Services Berhad, AmMetLife Insurance Berhad dan AmMetLife Insurance Berhad dan AmMetLife Insurance Berhad “MetLife” merujuk kepada MetLife Holdings Inc. dan semua anak syarikat langsung dan tidak langsungnya, syarikat bersekutu, sekutu, dan atau syarikat berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada AmMetLife Insurance Berhad.
  • Maklumat Peribadi” bermaksud sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda dan yang telah atau akan diberikan oleh anda kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, bio-data atau profil peribadi anda, nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, imej, kecenderungan peribadi anda, butir-butir mana-mana pihak ketiga yang diinsurankan atau benefisiari, kewangan dan mana-mana maklumat akaun perbankan atau akaun yang diinsurankan oleh anda dan mana-mana maklumat yang boleh mengenal identiti anda, benefisiari, atau sebarang maklumat lain seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh kami dari semasa ke semasa. Istilah "Maklumat Peribadi" juga termasuk maklumat peribadi sensitif yang merujuk kepada mana-mana Data Peribadi yang terdiri daripada maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, data biometrik, perlakuan atau dakwaan melakukan kesalahan jenayah, atau mana-mana Data Peribadi lain yang terkandung di dalam undang-undang dari semasa ke semasa.
  • Dengan memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda membenarkan (dan sekiranya perlu, membenarkan secara jelas) kepada penggunaan Maklumat Peribadi anda termasuk Maklumat Peribadi Sensitif anda, di dalam cara yang dijelaskan di dalam Notis Privasi ini. Kebenaran yang diberi akan terpakai terhadap sebarang maklumat yang diperolehi dari sebarang polisi insuran yang diberikan oleh anda, sebarang permohonan baru kepada kami untuk insuran, dan pemprosesan tuntutan, sebarang rekod kewangan dan rekod kredit, maklumat dan informasi sama ada diberikan secara peribadi.
  • Sebagai peraturan, jika anda berumur di bawah 18 tahun, kami akan mendapatkan kebenaran dari ibu-bapa, penjaga atau individu yang menjaga anda. Walaubagaimanapun, jika anda telah mencapai umur 16 tahun dan ingin melakukan sebarang tindakan terhadap polisi di atas diri anda sendiri atau orang lain di mana anda mempunyai kepentingan yang boleh dilindungi, anda dianggap mempunyai kapasiti untuk memberikan kebenaran anda sendiiri berkaitan dengan polisi hayat tersebut.
  • Notis Privasi ini terpakai kepada individu yang masih hidup. Hak dan perlindungan di dalam Notis Privasi ini dan PDPA tidak akan terpakai terhadap individu yang telah mati, walaupun kami mungkin akan menguruskan maklumat berkenaan berdasarkan undang-undang yang terpakai atau kewajipan fidusiari.
  • Melainkan ditakrifkan dengan jelas di sini dan di mana konteks memerlukan, semua ayat bermula dengan huruf besar hendaklah mempunyai makna yang sama yang diberikan kepadanya di dalam PDPA.

1. Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul dan Cara Kami Mengumpulnya

Untuk membolehkan kami menangani pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan polisi insurans untuk anda, atau memberikan anda produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin dikehendaki mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu "memproses") Maklumat Peribadi dan/atau kewangan anda. Maklumat Peribadi dan/atau kewangan sedemikian diperlukan antara lain untuk:

  • mewujudkan pengenalan dan latar belakang peribadi anda;
  • mewujudkan kedudukan kewangan dan kepercayaan kredit anda jika diperlukan;
  • menentukan keadaan kesihatan anda jika anda ingin mendapatkan polisi insurans yang ditawarkan oleh kami; dan/atau
  • membekalkan anda dengan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami yang dipohon.

Kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi Sensitif yang berkaitan dengan kesihatan anda apabila anda memohon produk insurans hayat kami, atau insurans gadai janji untuk pembiayaan rumah anda.

Kami juga boleh mendapatkan Maklumat Peribadi anda daripada sumber berikut:

  • Hubungan anda dengan kami, sebagai contoh, maklumat yang anda berikan dalam borang permohonan semasa memohon produk atau perkhidmatan kami, semasa berurusan berkenaan polisi insurans anda, semasa menggunakan perkhidmatan dalam talian atau elektronik kami, semasa mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, peraduan dan promosi.
  • Komunikasi lisan, bertulis dan/atau elektronik anda dengan kami atau ejen kami yang diberi kuasa;
  • Pihak ketiga yang berhubung dengan anda, seperti majikan anda, pemilik polisi bersama, rakan kongsi lain dalam perkongsian anda, atau melalui pelanggan korporat kami atau penyedia keselamatan korporat di mana anda adalah pengarah, pemegang saham, pegawai atau penandatangan yang diberi kuasa;
  • Analisis dan penyelidikan tentang cara anda menggunakan dan mengurus polisi insurans anda dengan kami;
  • Akses dan penggunaan perkhidmatan kami, transaksi yang anda lakukan dan pembayaran yang dilaksanakan melalui polisi insurans anda;
  • Imej yang ditangkap oleh kamera litar tertutup (CCTV) di cawangan dan premis pejabat kami atau premis pihak ketiga (di mana terminal layan diri kami terletak), apabila anda melawat cawangan atau premis pejabat kami atau menggunakan terminal layan diri kami di premis pihak ketiga;
  • Agensi pelaporan kredit dan sumber yang tersedia secara umum seperti melalui carian melalui pihak berkuasa atau agensi kerajaan yang berkaitan; dan/atau
  • Data peribadi yang dikumpul apabila anda menggunakan ciri pengesahan biometrik untuk mengakses produk atau perkhidmatan AmMetLife (cth., pengesahan cap ibu jari di cawangan atau pejabat AmMetLife/AmBank untuk perkhidmatan insurans);
  • Entiti lain dalam Kumpulan AmBank atau MetLife; dan/atau
  • Mana-mana sumber lain yang telah anda berikan kebenaran anda untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda dan/atau jika tidak dihadkan.

Kami juga mungkin mengumpul beberapa maklumat berkaitan digital apabila anda mengakses atau menggunakan laman sesawang kami, aplikasi mudah alih, portal pelanggan atau platform digital yang lain. Ini mungkin termasuk maklumat peranti (seperti jenis pelayar, sistem operasi dan alamat IP), maklumat log, maklumat penggunaan, maklumat interaksi, dan lain-lain maklumat teknikal atau analitikal yang dikumpul melalui kuki dan teknologi sepertinya, seperti yang dijelaskan di dalam Notis Privasi ini.

Apabila anda memberikan kami Maklumat Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga—seperti apabila anda menamakan mereka sebagai orang yang diinsuranskan, pemegang amanah atau benefisiari, atau apabila anda merujuk mereka kepada kami untuk tujuan menawarkan produk dan/atau perkhidmatan kami—anda mengesahkan bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada pihak ketiga tersebut untuk berkongsi Maklumat Peribadi mereka dengan kami untuk tujuan yang digariskan di sini. Istilah "Maklumat Peribadi anda" termasuk sebarang Maklumat Peribadi tentang pihak ketiga yang anda berikan kepada kami.

Kami mungkin mengumpul dan mengesahkan Maklumat Peribadi anda daripada pelbagai pihak ketiga. Ini termasuk pemegang polisi yang telah mengeluarkan polisi bagi pihak anda, serta ejen, broker, rakan kongsi perniagaan dan rakan kongsi strategik yang dikaitkan dengan kami. Selain itu, kami mungkin mengumpul maklumat daripada pihak ketiga yang telah merujuk anda atau daripada mereka yang memberikan pendapat yang berkaitan dengan polisi anda, termasuk permohonan polisi dan tuntutan. Ini mungkin melibatkan pihak seperti kumpulan syarikat AmBank, pembekal insurans atau takaful lain, persatuan insurans, persatuan takaful, hospital, klinik dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan boleh menjadi mandatori atau pilihan. Maklumat Peribadi mandatori terdiri daripada maklumat anda yang kami perlukan supaya kami boleh menyediakan produk dan perkhidmatan yang diperlukan anda. Jika anda tidak memberikan kami Maklumat Peribadi mandatori, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan tersebut kepada anda. Maklumat Peribadi pilihan terdiri daripada maklumat anda yang tidak wajib diberikan kepada kami. Jika anda tidak mahu memberikan Maklumat Peribadi pilihan anda, anda masih boleh memohon untuk produk dan perkhidmatan kami. Maklumat Peribadi mandatori dan pilihan mungkin berbeza untuk pelbagai produk dan perkhidmatan kami dan ini akan ditunjukkan dalam borang permohonan produk dan perkhidmatan kami.

2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda

Selain daripada yang dinyatakan di atas, kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut:

  • menilai kelayakan atau kesesuaian anda untuk produk kami yang telah anda mohon dan untuk mengesahkan identiti atau kedudukan kewangan anda.
  • untuk memberitahu anda tentang maklumat yang lebih dan terkini seperti penambahbaikan dan ciri baharu kepada produk dan perkhidmatan sedia ada, pembangunan produk dan perkhidmatan baharu, pertandingan, promosi dan tawaran daripada AmMetLife atau Kumpulan AmBank atau rakan kongsi perniagaan pihak ketiga yang mungkin menarik minat anda;
  • mengurus dan mengekalkan polisi insurans anda melalui kemas kini yang kerap, penyatuan dan menambah baik ketepatan rekod kami. Dengan cara ini kami boleh menjawab pertanyaan, aduan anda dan secara amnya menyelesaikan pertikaian dengan cepat supaya kami boleh memperbaiki perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami;
  • menjalankan penyelidikan untuk tujuan analisis, perlombongan data dan analisis transaksi/penggunaan produk dan perkhidmatan anda untuk lebih memahami kedudukan kewangan/pelaburan semasa anda dan keperluan masa hadapan. Kami juga akan menghasilkan data, laporan dan statistik dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun maklumat tersebut akan diagregatkan supaya identiti anda kekal sulit;
  • mematuhi keperluan mana-mana undang-undang dan peraturan yang mengikat kami seperti menjalankan pemeriksaan anti-pengubahan wang haram, pengesanan/pencegahan jenayah, pendakwaan, perlindungan dan keselamatan;
  • penguatkuasaan hak kami untuk mendapatkan semula sebarang hutang yang terhutang kepada kami, termasuk memindahkan atau menyerahkan hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami;
  • melaksanakan perkhidmatan bersama didalam Kumpulan AmBank atau MetLife seperti audit, pematuhan, perundangan, sumber manusia, kewangan dan pengurusan risiko;
  • penyumberan luar perniagaan dan operasi belakang tabir didalam Kumpulan AmBank atau MetLife; dan
  • sebarang tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan, piawaian, garis panduan, kod amalan dan/atau oleh pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Kami akan meminta persetujuan anda sebelum menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan/atau dalam terma mana-mana perjanjian anda dengan AmMetLife.

3. Penggunaan Kuki dan Teknologi yang sama

Laman sesawang dan platform kami menggunakan kuki dan teknologi lain. Kuki adalah fail yang mengandungi teks kecil yang disimpan di dalam komputer atau peranti elektronik yang lain semasa anda melawat laman sesawang atau platform kami, untuk tujuan penyimpanan rekod. Kuki disimpan di dalam direktori fail pelayar anda, dan apabila anda melayari laman sesawang atau platform kami semula, pelayar anda akan membaca kuki dan menyampaikan informasi semula kepada laman sesawang, platform atau elemen yang menetapkan kuki secara asal. Bergantung kepada jenis kuki, kuki boleh menyimpan pilihan pengguna dan juga informasi lain.

Suar laman sesawang (juga dikenali sebagai tag piksel dan GIF yang jelas) melibatkan grafik yang tidak boleh dilihat oleh pengguna. Pautan penjejakan dan/atau teknologi yang sama mempunyai beberapa garis kod pengaturcara dan boleh tertanam di dalam laman sesawang atau platform kami. Suar laman sesawang biasanya digunakan bersama-sama dengan kuki dan selalunya digunakan untuk tujuan analisa statistik. Teknologi ini juga boleh digunakan untuk menjejak corak pergerakan di dalam laman sesawang dan platform, serta untuk mengetahui sama ada emel sudah diterima dan dibuka dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang tindakan.

Apabila anda mengakses atau menggunakan laman sesawang AmMetLife, applikasi peranti mudah alih, portal pelanggan atau platform digital yang lain, kuki dan teknologi lain yang sama mungkin akan digunakan. Teknologi – teknologi ini membantu untuk:

  • Memastikan platform digital berfungsi dengan baik, selamat dan efisien;
  • Mengingati pilihan anda seperti penetapan bahasa dan paparan;
  • Memahami bagaimana platform digunakan dan mengenalpasti bahagian untuk ditambah baik;
  • Menganalisa trend dan interaksi seperti laman yang dilihat, jangka masa sesi dan corak navigasi; dan
  • Menyesuaikan pengalaman anda dan memberi kandungan yang relevan kepada anda.

Kuki boleh disediakan oleh AmMetLife atua oleh penyedia perkhidmatan yang dibenarkan yang membantu kami dengan analisa, prestasi, keselamatan atau fungsi berkaitan platform. Sebarang pemprosesan oleh pihak ketiga adalah tertakluk kepada langkah – langkah keselamatan kontrak yang bersesuaian.

Anda boleh mengurs atau menghalang kuki melalui penetapan pelayar atau peranti anda. Walaubagaimanapun, menghalang kuki tertentu mungkin boleh menganggu fungsi platform digital atau mengehadkan kebolehan anda untuk mengakses beberapa ciri.

Dengan terus menggunakan platform digital yang tertentu selepas menerima notis untuk penggunaan kuki dari pihak kami, anda membenarkan penggunaan teknologi tersebut seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini.

4. Penggunaan Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin dan Analisa Data.

AmMetLife mungkin menggunakan teknologi penganalisa data, kecerdasan buatan (AI) , dan pembelajaran mesin (ML) untuk menyokong tujuan seperti dinyatakan di dalam Notis Privasi ini. Teknologi – teknologi ini membantu kami untuk mempertingkatkan operasi kami, memperkukuhkan pengurusan risiko dan menambahbaik produk, perkhidmatan dan pengalaman pelanggan digital.

AmMetLife akan menggunakan AI/ML untuk tujuan berikut:

  • Menambah baik dan menyesuaikan interaksi anda dengan platform dan perkhidmatan digital;
  • Membantu saluran perkhidmatan pelanggan, termasuk bantuan secara maya atau alat bimbingan automatik;
  • Mengesan, mencegah dan bertindak balas terhadap penipuan, jenayah kewangan, risiko keselamatan siber dan aktiviti mencurigakan;
  • Membantu penguderatian, penentuan harga, penilaian berkaitan tuntutan dan prose-proses lain yang berkaitan dengan risiko;
  • Menganalisa trend dan corak penggunaan untuk menambahbaik perkhidmatan kami, pengamalan operasi dan pelanggan; dan
  • Melakukan aktiviti statistik, analisa atau berkaitan dengan sistem untuk mengoptimumkan perkhidmatan dan menambahbaik perniagaan.

Di dalam keadaan di mana alat AI/ML membantu di dalam membuat keputusan berkenaan produk dan perkhidmatan kami, kami melaksanakan langkah perlindungan yang berpatutan, termasuk pengawasan manusia, pengesahan, serta pengawasan automasi alat - alat. Kami tidak membuat keputusan yang membawa kesan undang-undang atau kesan signifikan semata mata melalui cara automatic, kecuali jika dibenarkan oleh undang – undang, diperlukan bagi pelaksanaan kontrak dengan anda, atau dibuat dengan kebenaran anda.

5. Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Di dalam memberikan anda produk dan perkhidmatan kami, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan maklumat tertentu tentang anda dan/atau akaun, kemudahan dan/atau polisi insurans anda dengan kami kepada pihak ketiga berikut:

  • ejen dan penyedia perkhidmatan kami yang membantu kami dalam memproses, mentadbir, melengkapkan transaksi atau menyediakan perkhidmatan kepada anda bagi pihak kami, atau untuk memenuhi perkhidmatan nilai tambah yang anda minta;
  • penasihat dan perunding profesional luar kami yang menyediakan perkhidmatan kepada kami, untuk keperluan perniagaan, operasi, undang-undang dan peraturan kami;
  • mana-mana orang yang diberi kuasa atau dilantik oleh anda untuk memberi arahan kepada kami bagi pihak anda seperti ejen, akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan, broker dan pengantara anda;
  • mana-mana orang yang berkaitan dengan penguatkuasaan atau pemeliharaan mana-mana hak kami atau memindahkan hak, kepentingan dan kewajipan di bawah polisi insurans anda dengan kami;
  • mana-mana pihak ketiga yang muncul daripada penyerahan polisi insurans anda dengan kami, penjualan hutang, pemerolehan atau penjualan mana-mana syarikat oleh Kumpulan AmBank atau MetLife dengan syarat penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama seperti yang asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
  • institusi kewangan lain yang memenuhi urus niaga yang diperlukan oleh anda;
  • Broker insurans, penanggung insurans semula, dan sekiranya keingkaran kemudahan yang diberikan kepada anda, kepada agensi kutipan hutang;
  • daripada satu syarikat Kumpulan AmBank atau MetLife di mana anda telah melanggan produk atau perkhidmatan sebelum ini, kepada syarikat Kumpulan AmBank lain atau MetLife, untuk pemasaran produk dan perkhidmatan mereka yang mungkin menarik minat anda; dan/atau
  • mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa dan/atau pengawal selia untuk melaksanakan fungsi mereka

tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, piawaian, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Kumpulan AmBank atau MetLife.

Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia:

  • ke negara atau wilayah di mana pemindahan telah dibenarkan secara khusus di bawah PDPA;
  • apabila anda telah bersetuju dengan pemindahan ke lokasi tersebut di luar Malaysia;
  • untuk menyelesaikan transaksi yang anda perlukan.
  • apabila pemindahan itu perlu untuk memenuhi kontrak antara kami dan pihak ketiga yang terletak di luar Malaysia, yang dibuat menurut permintaan anda;
  • apabila vendor atau penyedia perkhidmatan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada kami (termasuk perkhidmatan penyimpanan data), berpangkalan di lokasi di luar Malaysia, di mana contoh, kami akan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan bahawa vendor atau penyedia perkhidmatan tersebut mempunyai langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang berkaitan untuk melindungi Maklumat Peribadi;
  • untuk tujuan prosiding undang-undang di luar Malaysia dan untuk kami mendapatkan nasihat undang-undang atau untuk mempertahankan hak undang-undang kami; atau
  • apabila anda adalah seorang yang tertakluk kepada undang-undang asing, Maklumat Peribadi anda mungkin didedahkan kepada mana-mana pihak berkuasa atau pengawal selia yang berwibawa dalam bidang kuasa asing yang berkaitan.

Jika tidak, kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada orang lain, kecuali jika:

  • anda telah memberikan kebenaran nyata untuk kami mendedahkan Maklumat Peribadi anda (tidak termasuk maklumat kewangan anda) kepada pakatan strategik pihak ketiga atau rakan kongsi perniagaan kami untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada anda;
  • anda tidak memberitahu kami bahawa anda tidak mahu menerima bahan pemasaran daripada kami;
  • kami dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian oleh undang-undang;
  • kami dikehendaki atau diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Kumpulan AmBank atau MetLife
  • kami mungkin memindahkan hak, kepentingan dan kewajipan di bawah perjanjian kami dengan anda; dan/atau
  • kami dikehendaki memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Yakinlah, bahawa pada setiap masa, kami akan menghormati dan melindungi privasi dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda.

6. Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Kami meletakkan keutamaan dalam memastikan keselamatan dan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda dan sentiasa menyemak dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang terkini semasa memproses Maklumat Peribadi anda. Maklumat lanjut tentang kawalan keselamatan boleh didapati di Pernyataan Keselamatan Laman sesawang kami di www.ammetlife.com.

7. Pengekalan Maklumat Peribadi

Maklumat Peribadi anda akan disimpan dengan mematuhi Notis Privasi ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan mana-mana syarikat Kumpulan AmBank atau MetLife untuk tempoh perhubungan anda atau untuk tempoh yang mungkin perlu untuk melindungi kepentingan kedua-dua Kumpulan AmBank atau MetLife dan anda. Pengekalan sedemikian juga perlu seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau mengikut dasar dalaman kami.

Kami akan memadam maklumat yang tidak lagi perlu disimpan menurut polisi penyimpanan maklumat kami dengan selamat dan teliti.

8. Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Maklumat Peribadi

Jika anda ingin mengakses dan/atau membuat perubahan pada Maklumat Peribadi anda, anda boleh membuat permintaan menggunakan Borang Permintaan Akses dan Pembetulan Data Peribadi kami. Borang ini boleh didapati di semua cawangan kami serta laman sesawang kami, www.ammetlife.com dan kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Maklumat Peribadi anda dalam masa 21 hari selepas menerima borang anda yang lengkap dan yuran pemprosesan yang berkaitan.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin menahan akses kepada Maklumat Peribadi anda dalam situasi tertentu, contohnya, apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda, di mana maklumat yang diminta bersifat komersial sulit atau apabila terdapat permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun begitu, kami akan memberitahu anda tentang sebab tidak dapat memenuhi permintaan anda. Kami juga mungkin meminta lebih banyak bukti dokumentari untuk mengelakkan kejadian penipuan dan/atau maklumat yang tidak tepat.

Untuk membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda, kami meminta bantuan anda untuk memastikan Maklumat Peribadi anda sentiasa dikemas kini.

9. Menjalankan Pilihan Anda Berkenaan dengan Pendedahan dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda untuk Tujuan Pemasaran

Anda boleh melaksanakan pilihan anda berkenaan dengan pendedahan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda dengan kami. Sekiranya anda memilih untuk tidak menerima sebarang bahan pemasaran daripada kami atau mana-mana rakan kongsi perniagaan pihak ketiga kami, anda boleh sama ada (i) menghubungi kami melalui butiran hubungan yang diberikan di bawah; atau (ii) memilih untuk menarik diri daripada menerima bahan pemasaran, pilihan yang disediakan dalam borang permohonan/cadangan produk atau perkhidmatan kami yang berkaitan.

Sila ambil perhatian bahawa:

  • tanpa mengira pilihan yang anda buat berhubung perkara di atas, anda masih boleh menghubungi kami kemudiannya melalui saluran yang disediakan di bawah untuk menukar pilihan anda. Pilihan terbaharu anda yang dimaklumkan kepada kami akan digunakan. Kami akan mengemas kini pilihan pemasaran terkini anda dalam pangkalan data kami dalam tempoh masa yang munasabah selepas kami menerima komunikasi pilihan anda;
  • kami mungkin tidak dapat mengeluarkan Maklumat Peribadi anda daripada pangkalan data rakan kongsi perniagaan pihak ketiga yang telah kami kongsikan dengannya Maklumat Peribadi anda apabila anda telah memberikan kebenaran nyata anda sebelum ini;
  • komunikasi tertentu seperti penyata akaun, surat-menyurat dan laman sesawang kami mungkin mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan kami yang lain yang tidak boleh dialih keluar tanpa menjejaskan penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, operasi akaun(-akaun) dan/atau kemudahan(-kemudahan) anda dengan kami, dan/atau kos tambahan kepada anda.

10. Semakan pada Notis Privasi

Kami mungkin menyemak dan mengemas kini Notis ini secara berkala untuk  memastikan pematuhan  terhadap perubahan dalam undang-undang, praktis perniagaan dan prosedur. Sebarang kemas kini akan dipaparkan di laman sesawang kami dan melalui saluran lain yang sesuai. Dengan mengakses atau menggunakan produk dan perkhidmatan AmMetLife, serta dengan memberikan Data Peribadi anda secara sukarela (termasuk Data Peribadi Sensitif), anda menerima dan bersetuju dengan Notis Privasi yang telah disemak semula. Semua semakan adalah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi Notis ini, versi Bahasa Inggeris diutamakan.

11. Pertanyaan/Aduan

Untuk maklumat lanjut tentang cara kami memproses Maklumat Peribadi anda, sila log masuk ke laman sesawang kami dan baca Piagam Perkhidmatan Pelanggan dan Notis Privasi, seperti yang dinyatakan di bawah:

Laman sesawang : www.ammetlife.com
Portal Pelanggan  : https://myportal.ammetlife.com/
Khidmat Pelanggan  : 1300 88 8800
E-mel  : customercare@ammetlife.com
Pegawai Perlindungan Data (DPO) : askprivacy@ammetlife.com


Terakhir dikemaskini pada April 2026

Download our forms and agreements in English or Bahasa in the drop down menu below. 

Language: